Mar 8, 2021

#Sentimen itu, sudah beransur.

Yang membuat aku menulis lagi lewat malam ini
hanya kerana aku temukan sentimen-sentimen usang yang aku simpankan, semuanya dalam sebuah ruang.
Berhabuk. Biasalah, nama lagi usang.
Koleksi peninggalan lama.

Aku temukan kasut, yang kamu dapatkan ia hanya kerana aku begitu menginginkannya dulu-dulu.
Aku temukan baju, yang sehingga hari ini masih aku fikirkan kenapa baju itu menjadi pilihan. Dan yang pernah menjadi baju favourite aku masa dulu-dulu. Lucu.
Aku temukan batang-batang aiskrim favourite kita yang menjadi alasan pertemuan kita dulu-dulu. Magnum.
Aku temukan patung monyet kecil yang kamu belikan sewaktu kita kejauhan dulu-dulu.
Aku temukan belon-belon kecut sambutan ulangtahunku dulu-dulu. Ada juga cupboard lama, yang foto-foto kita yang sudah pudar melekat kekal diatasnya.
Juga, aku temukan sebuah buku kecil, penulisanku sejak 8 tahun lalu. Yang aku rangkakan setiap kali aku marahkan kamu. Juga dulu-dulu.
Dalamnya siap bertarikh, dan isinya penuh sekali emosi.
Hari ini, aku anggap ia sebuah coretan yang lucu.
Sungguh, sambil aku belek, aku ketawa sendiri.
Aneh ya adegan ‘dulu-dulu’ itu.

Kamu tahu, bahkan sehingga hari ini juga kamu sedar.
Betapa aku terlalu suka menulis.
Bila mana emosi aku sampai sudut yang tak mampu lagi aku pegangkan,
jadi aku lepaskan dia dalam penulisan.
Kamu tahu itu, dari dulu.

Its okay,
Nothing bothers me at the moment.
For the first time in my life,
Penulisan ini sekadar penulisan.
Tiada emosi didalamnya. Pasti.
Mahupun marah, atau sedih.
Kalau dulu, semua kepayahan itu aku gelarkan sebuah perjuangan.
Hari ini, aku berani bilang, semua ini seperti sebuah pendamaian.
Semua pun sudah berlabuh kan?
Jadi iya, lucu yang aku ceritakan ini, lucu yang asli.
Aku benar-benar rasa sentimen ini satu perjalanan hiburan pendewasaan kita.
Itu sahaja. Nothing much I can say anymore.
:)

Pusat sentimen itu jugak sudah aku bersihkan ia.
Sudah aku masukkan dalam plastik hitam.
Esok, itu juga bakal sama-sama pergi.
Tinggalkan aku.
Sama seperti kamu.

Related Articles