Feb 25, 2021

#Already Gone - SAL

Begitulah kejadian malam itu.
Tetap tiada apa yang berubah.
Cuma sepasang doa yang Tuhan kita perdengarkan.
Doa yang aku tanyakan suatu malam itu,
“kenapa masih dia dalam lenaku”

Penuh sekali penceritaan dimata-hati.
Hampir sekali aku tersungkur menanggung pedih.
Entah berapa juta kali terdengar mengeluh sedih
kamu masih seperti sebelumnya,
sudah tiada daya minta aku berhenti.
Tapi betul, apa lagi adanya daya.

Apakan daya.
Kerana langsung tiada apa yang boleh diubah lagi.
Walau untuk ke sejuta kalinya sudah bertemu dalam mimpi.
Masih, langsung tiada daya kekuatan lagi untuk takdir tergores itu ditukar ganti.

Aku senang bilang berulang, “Jaga diri baik-baik ya”
kerana itu yang paling aku maksudkan.
Tiada apa yang lebih lapang
Selain melihat kamu hidup baik dan tenang.

Sempat aku kirimkan Already Gone by SAL sebelum
beransur pergi pengganti kata-kata akhir.

Ya, salam surai.


Related Articles