Jan 29, 2021

#Lali

Kurang lebih dari satu tahun yang lalu.
Cumanya sudah terbiasa dan semakin lali.
Ya, moga yang baik-baik sahaja untuk setingkat usiamu.
Moga juga di usia ini sudah cukup mendewasakan kamu.

Aku mohon satu seperti yang selalu-selalunya aku titipkan.
Jangan berkenan pada apa-apa yang tidak elok buat diri kamu.
Kamu sepertinya tahu dimana kedudukan aku.
Jadi, betul. Sudah tak mahu aku walau sekalipun mendatangi ruang kepala kamu, untuk dijadikan sandaran seperti masa-masa lalu.
Aku bukan penghapus cela di tubuhmu lagi.

Ya, aku tahu kamu bahagia.
Kekal begitu ya.
Senang sekali sepertinya Tuhan mendatangi doa aku yang satu itu.

Kalau sekalipun terjadi apa-apa yang tak disangka-sangka
Pastikan bukan aku sang masa lalu yang dibawa ke kancah itu.
Pastikan dia yang bersama kamu itu yang juga akan mendorongmu sesakit apa pun keadaan. Tau?

Ikhlas, moga Allah merahmati seluruh pelusuk kehidupanmu. Yang sedang atau yang bakal kamu lalui.

//Izyani Khairi

Related Articles