Dec 1, 2020

#Louder than the rain

 3:59PM 

Its been a year huh.

tapi serasa sakit itu seperti baru terhiris semalam, ya?

aku kedinginan ketika ini

ditambah rintik hujan diluar-

sendu pula mengenangkan betapa aku pernah sebegitu hancur setahun yang lalu.


Back to 7th Dec,19.

Malam itu, aku berpeluk tubuh merungkup atas katil yang asalnya untuk berehat katup mata tenang.

tidak, malam itu, bukan itu fungsinya.

dia hanya sebuah ruang yang menjadi saksi tuannya melibas tersakiti.


Aku terkenangkan pula yang hari-hari

semenjak itu tuhan bilang kita sia-sia.


Jauh sekali sudah aku berlari sampai terasa mahu patah kaki.

kau bukan rumah yang aku kirakan bakal aku miliki.

Benar, kerana selayaknya aku untuk sebuah takdir yang jauh lebih indah.


November, 20.

Terima kasih kerana sudah tampil.

akhirnya—

malam itu, butir bicara kita bernada lebih santai.

berjaya aku meyakinkan kamu

aku betul-betul sudah terbiasa dan semakin merelakan.

kamu tahu aku yakin dengan kata-kataku.

aku tak mahu lagi berada di fasa semalam yang merenggutkan itu.

Dibalik selian nafas aku lepaskan

balik kata-kata yang aku lafazkan

aku yakin kamu tahu.

aku ikhlas mahu kamu tahu.

telus setiap kata yang aku lontarkan.


Bila sampai waktu aku bercerita...

“aku pernah mimpi kamu-aku bersama. Tapi seperihal yang aku yakin, aku tak mahu hal itu terjadi nyata.

Aku...tak mahu.”

Kamu senyap tika itu. Aku kira itu sebagai tanda hormat ya?

terima kasih..


Aku senang akhirnya berjaya sesama kita saling bilang terima kasih untuk banyak sentimen yang pernah kita kongsi.

Walau terasa begitu sakit diingat satu-persatu,

tetap. terima kasih..


Terima kasih pernah ada.

terima kasih untuk segala mimpi yang pernah kita kongsi walau kita tahu, semua itu akhirnya cuma sekadar sesi perkongsian.

bukan lagi mimpi yang bakal kita realisasikan bersama-sama.


Terima kasih kerana melepaskan tangan aku pergi.

terima kasih kerna membenarkan aku berdiri lagi.

terima kasih kerana mendoakan aku bahagia.

aku bakal.

terima kasih untuk 1 malam yang begitu aku mahukan itu terjadi.

bahasa-bahasa yang begitu memahami antara kita—

tiada bahasa rindu. cuma kedua kita sedang memenuhi keperluan yang sewajarnya. Melepaskan.

untuk keadaan yang paling baik.

dan akan terus kita biasakan ini.

segala doa baik, semuanya untuk kamu juga ya?

ya, pasti. pasti aku titipkan yang baik-baik sahaja untuk kamu. seperti kebiasaan yang aku lakukan.


Terima kasih </3




Related Articles