Aug 19, 2020

#Sembuh Sendiri

Entah mengapa begitu angkuh sekali aku ada kalanya.
Jauh sekali untuk aku berlaku sombong dengan segala tragedi semalam.
Cuma... tak habis aku berfikir
kurang lebih dari tempoh 1 tahun lalu,
Luka ini sudahpun berada di garisan mula.
 
Kisah tragis kita lalui itu tidak sama.
Kerana setiap luka aku itu, kebiasaannya putaran itu aku bangun sendiri.
Ya ya, aku saja yang dipermainkan seperti kamu ketahui. 
Nah, situ saja menceritakan kita sememangnya berbeza.
Menempelkan segala semangat-semangat baru
Yang belum pernah aku ucapkan butir putus asa.
Biasalah, sesekali penat.
Tapi ya, kebelakangan ini, sepertinya sudah jarang-jarang sekali.

Jangan dibanding-bandingkan kita. 
Jangan pula kamu cuba mengeringkan luka yang kamu dan pasanganmu, sendiri lakarkan halus berseni.
Perlahan-lahan aku sembuh sendiri
Usah bersusah-payah.

Ini juga yang kamu mahukan, bukan?
Nah, teruskan saja.
Tak perlunya menoleh belakang.
Pura-pura mengenangkan aku yang tersungkur sendiri sebelum ini.
Membiarkan satu hati perempuan runtuh hanya untuk kepentingan cinta yang ingin sekali kamu miliki ia secara penuh.
Tentunya sekarang, ada lebih baik biar saja aku.

Aku pasti sembuh.
Seperti aku bilang— aku semakin baik.
Buktinya, hari ini saja lesum pipit pipi kanan aku sudah semakin jelas tersembul.
Ya tepat sekali—
Atas punca kesakitan yang kalian perkemaskan itu jugalah.
Bukan kerana bahasa-bahasa maaf yang kamu wakilkan untuk kesayangan kamu itu. Bukan.
Simpan saja.
Semakin hari, semakin tidak penting pada aku.

Ya, apa yang dalam fikiran itu benar.
Aku mahu sekali berterima kasih
Khusus penghargaan buat kalian berdua.
Kerana kalau tidak kerana permainan kalian ini,
Aku pasti tidak sekuat ini—
Menari diatas pentas keyakinan yang aku pakukan,
Berlagukan irama kasih sayang melalui komuniti terangung bersorak tiada rasa jemu.
Juga bersama sepenuhnya rasa cinta akan diri sendiri, akhirnya.
Ya, akhirnya— aku menyayangi diriku lebih dari apapun.
Setiap anugerah Tuhan ini sedang aku highlightkan dia dari setiap sudut.

Betul, terima kasih.
Dan jangan ganggu.
Aku tak perlukan sebarang plot twist untuk kesekian kalinya.
Kalian semestinya bukan watak yang aku perjuangkan hari ini.


Related Articles