Apr 17, 2020

“Ya, rasa ini. Aku yakin”

Rehat // Kunto Aji

Aku sedar—
yang merenggut seluruh alam sepi itu hanya bila sengaja hati melayan-layan.
atas hal-hal yang sewajarnya tidak perlu dihanyutkan
Dengan rasa sedih dan harapan yang terkaram
Ia sebetulnya sudah mulai diperap baik.

Cuma sesekali bila terkenang malam yang terlihatkan betapa aku tidak menjadi diriku itu...
Ya, sakit.
Sakit seperti tertumbuk-tumbuk isi hati.
Ya, sakit yang sambil memandu keseorangan juga mampu termengalirkan air mata.
Sakit yang bila aku luahkan usai solat, yang aku pejamkan mata sambil tanganku rapat sekali kedada,
Supaya Tuhan kita yang setia mendengar itu,
Mahu dia fahamkan saja, butir butir kasar air mata tumpah.
Kerana mulut ini sudah tidak lagi mampu mengucapkan betapa sakit itu, terlalu sakit.
Ya, malam yang hilangnya seluruh isi jiwaku
Bila terkenangkan seperti hancurnya seluruh dimensi pengharapan.

Kalau awal dulu, hanya kenapa dan mengapa harus ini terjadi yang berpusar dalam radar fikiran.
Hari ini.. sudah semakin aku lunaskan dengan bahasa-bahasa takdir.
Ini seharusnya aku panjatkan tinggi penghargaanku ke Dia.
Hebat sekali Dia memperdengarkan rintihan menyedihkan
yang aku santunkan saban waktu.
Hebat sekali kerana saat ini
Semakin aku akur dan menerima.

Aku merayu mengemis setiap kali,
Mahu dihabiskan rasa rasa terabaikan ini—
Sakit, remuk-renyuk, pedih terhiris-hiris
Habiskan. Habiskan. Berulang-ulang kalimat itu aku strukturkan.
Engkau Maha Tahu segalanya, aku bilang.
SubhanaAllah, Dia perdengarkan. Yakin sekali aku dengan pinjaman nikmat ini.

Semakin baik. Aku tahu.
Kian hari rasa semakin dipeluk dan terpujuk.
Ya, moga doa-doaku yang lainnya, menyorot mengikut pusiran waktu.
Bila tepat pada kadarnya.
Terposisi selari dalam agendanya.
Ya, Aku tak akan putus asa.

Related Articles