Apr 3, 2020

#Robok Rahsia

Oh sudah berada di April. Pantas masa.
Tiada kesempatan walau sekelumit untuk merasa tidak dihargai.
Buktinya, masa pun sedang mengejar penghargaan. Kalau diberi mulut, pasti katanya;
“heh, jangan dibazir-bazirkan aku.”

Malam ini, sesi belek-membelek.
Sekejap tadi aku adakan lawatan di salah satu bilik usang.
Ada kiranya.. hampir sedekad sudah aku sia-siakan ruangnya.
Kali terakhir penulisan aku berkampung disitu, sekitar 190 hari yang lalu.
Lucu.
Fungsi ruangannya hanya untuk aku lempiaskan marah dan rajuk.
Ya, manisnya ada.. cuma satu dua.
Biasalah, bukan mudah manusia memilih bahasa indah berbanding luka.
Sebab itu, bila malam bertemu sunyi,
Lenggok melankolik itu lebih nampak seksi dan serasi.

Seperihal lagi,
Kerana disitu tiada siapa-siapa.
Erti kata yang lain... aku tidak dihukum di ruangan itu.
Hanya aku, dan luahan rakus

Kalau disini, aku tak pasti.
Entah berapa kerat penggemarnya juga aku kurang ambil tahu.
Kalau ada, ya.. terima kasih. Aku hargai. Hehe.
Yang aku mahu, cuma rutin kegemaranku ini dilepaskan.
Berekspresi tanpa dinilai siapa-siapa itu lebih mengasyikkan.


Yang ini... sekitar 548 hari yang lalu.
Ya, di robok rahsia.
Tidak mahu mengingatkan tragedi apa. Cuma yang aku kagumkan sebegitu hebat aku menuai bahasa-bahasa kesal dan luka.
Dan bagaimana ya... teguh sekali bertahan walau tercakar itu lebih banyak bernanah bisa.
Cis, Haha.
Manusia. Kalau kerana cinta, sanggup saja bertuankan gila.


Yang ni pula mengikut kiraan sekitar 555 hari yang lalu.
Hampir saja berputus asa kiranya dalam penulisan itu. Tapi masih saja terus bertahan ya?
Kahkah. Khayal.
Patutlah dihukum alam.
Tuhan naik lemas melihatkan aku sibuk mengemis untuk dibahagiakan.
Macam tak cukup-cukup gayanya.
Sedang sudah dibilang; “yang membahagiakan kamu itu tiada lain selain diri kamu sendiri.”

Memalukan.

Related Articles