Feb 5, 2019

#Utusan Para Hebat dari Sang Hebat

Dear True Love // Sleeping At Last

Bermusim-musim bersilih ganti dalam skala kehidupan aku hujung-hujung ini.
Begitu sekali Tuhan mengajar aku erti sebenar kuat
Benarlah kadang aku rasakan, aku cuma lagi sedang bernafas. Bukan lagi merasai kehidupan.

Tapi pula;
Hebat sekali si teguh Tuhan kirim
Aku saksi yang begitu baik sekali dia usung kesana kemari kudratnya penuhi tuntuan seorang anak.
Hingga perginya wanita tua kesayangan semua itu, sendiri juga menjadi tanggungannya.
Puas sekali.

Hebat sekali si tabah Tuhan kirim
Siangnya berbakti malam bersengkang mata pula mengalun tidur mertuanya..
Sehingga Dia izinkan, nafas terakhir kesayangan semua itu, depan matanya.

Hebat sekali kerabatku Tuhan kirim.
Berpusu-pusu mahu banting tulang.
Taburan jasa buat sang tua yang tahu harinya sudah tidak lama.

Hebat sekali si perkongsian hati Tuhan kirim.
Sanggup kebas pinggul, lenguh pelikat
Mahu sama-sama ada buat sumbang tenaga
Dari awal sehingga hujungnya,
Jadi penenang penambah perisa sayang.

Hebat sekali teman-teman yang ada
Yang Tuhan kirim buat bantuan pengelap air mata.
Bersilih tanya khabar;
Yang juga ada bersama saat kesayangan semua itu ditutup muka.

Hebat sekali Tuhan kirim uji.
Masih berdiri kini, disini.
Masih lagi teguh.
Makin hari makin terasa betapa diri ini Dia sayang.
Diuji tak berhenti, dikirim pula para hebat ini buat tambah semangat.
Hebat sekali cara Dia kirim sayang ♥️

Al-Fatihah Saniah bt Mat Jam. Rindu sekali.
//Izyani Khairi

Related Articles