Feb 10, 2019

#Nikmati atau tolak tepi

“Mereka tak tahu apa-apa yang kita lalui,
Bentuk kita diuji,
Bagaimana kita hadapi,
Cara apa kita tangani,
Menung panjang luluh hati,
Besar mana masalah ini”


“Apalah kiranya masalah hati sebelum-sebelum ini kalau belum mereka tangani masalah yang lebih peribadi.
Tiada yang lebih mematangkan jika bukan tangan ibumu yang kamu perlu.
Malah lebih pada tanganmu, yang dia mahu”

“Kerana itu,  kamu lebih dari segalanyanya.
Kerana itu, kamu adalah kamu hari ini.
Yang lebih dari yang kamu jangkakan.”

Konsisten lah kekuatan kamu itu.
Nanti-nanti, yang mendatang akan jauh lebih besar.
Baru kamu tahu mahu menikmati atau mahu tolak tepi.
//Izyani Khairi


Related Articles