#Kerana Aku Tahu Begitu Sakit
6 Feet Under // Billie EilishBegitu pun hujan ini belum mampu menghapuskan sakit-sakit semalam.
Hari ini aku bersaksikan mataku sendiri temanku tersungkur pedih atas cinta sucinya.
Yang terlalu banyak cerminan aku hari semalam.
Aku minta tangan dipaut, kerana aku tahu begitu sakit.
Lagi sedang makan, air mata menitik-nitik berkuah dalam nasi. Kerana aku tahu begitu sakit.
Terduduk di kamar mandi, berselisih air mata dengan air yang bercurah-curah. Tersedu-sedu. Sakit.
Dua-tiga hari ini kelakuanku kurang senang.
Diketuk sakit-sakit semalam melihatkan teman yang kurang sihatnya hatinya.
Ada yang bertanyakan khabar sakit semalam—
“Sudah pulihkan kamu?”
Apa aku harus bilang?
Yang tiada siapa tahu masih berkeladak berdaki tebal rupanya.
Belum lagi aku kikis buang.
Masih aku sisipkan luka-luka itu
Dibalik berkumam hati, nampak saja tidak kusut.
Masih aku teriakkan bawah air pancut.
Dibalik ketakutan risiko yang aku telan hingga terduduk melutut.
Meruntun sekali melihat sakit ini
Kerana jauh aku sedar, betapa aku pernah tidak sihat semalam.
Janganlah ada lagi.
Aku takmahu sakit itu lagi.
Takut.
Kerana aku begitu sakit.
//Izyani Khairi