#She’s running out of pages
Kata penulis itu,Dalam setiap bab yang tertulis harus bermula dengan nafas baru
Mood perlu selari kekal stabil
Lapang dada buat tatapan setiap kali yang membaca.
Senang hati
Kemudiannya, semakin hari
Dicuba-cuba dikawal nafsu sedihnya
Padat sekali konflik selepas konflik.
Batu api si setan semakin menjadi-jadi.
Malangnya, penulis seperti tidak mahu berhenti menulis
Bagaimana yang membaca masih mahu terus membaca
Walau berambu mata, tahan pedih lenggok isi buku
Benarkah fahaman mereka mengatasi isi kata-katanya?
Klimaksnya hampir bersemuka.
Penulis si penagih perhatian
Bukan peruntukan masa pembaca duduk mentelaah yang diraih
Cuma fahaman dan isi penting bukunya— mahu itu yang didakap.
Biarlah isi buku itu disitu dan begitu.
Berbab-bab yang makin bercelaru
Buntu dan keliru
Penulisan yang semakin berkecamuk
Semakin tak boleh dibantu.
Ah.
Belum tentu pembaca fahami yang benar-benar.
Sifat mereka itu penuh manipulatif.
Tiada empati.
//Izyani Khairi