#Kesayanganku
Kota Cinta // Margosa
Siapa sangka sepasang hati ini akan terusan digomol dengan rasa yang berbalik.
Begitu luhur hari ini setiap rasa yang aku curahkan.
Rumit sekali untuk tidak menyayangi kamu.
Rasa cinta yang seperti sudah melekat dan tidak lagi boleh berubah.
Dan seterusnya rasa ini akan selalu terjadi dan tak mahu lagi berkurang.
Dan seterusnya rasa ini akan selalu terjadi dan tak mahu lagi berkurang.
Terima kasih untuk segalanya, sayang.
Moga Dia izinkan kali ini—
kerana untuk sekali lagi mahunya aku begitu yakin dengan keberadaan kamu.
Tak mahunya lagi aku untuk berhenti.
Yakinkan aku untuk tiada lagi pedih-pedih terhiris itu aku lalui.
Izinkan aku merasa cinta kamu sebaik sebulat kata seperti yang kamu janjikan.
Mari sayang,
Berpimpinan tangan,
Kita ayunkannya bersama.
Mata kita saling memandang, mengangguk mengiyakan bahagia
Senyum senang
Jadikan ini yang terakhir dan bersatu hujungnya.