#Makin Tipis Dikikis
Sudah kurang kudratku mempertahankan sesuatu yang bukan kiranya milik aku.Sudah basi terusan dijamah nasi dan lauk semalam.
Sudah kering air mata aku, mengisi luka-luka terpendam.
Mana lagi kurangnya aku sehingga kecelakaan besar begini tertimpa bertubi.
Posisi dan ruang yang mana untuk aku tempatkan rasa selamat
Bagi meluahkan segala cinta yang sepatutnya aku sanjung hormat
Sekali lagi.
Rasa cinta yang kita lempiaskan tidak sama.
Aku sedar kita tidak sama.
Tapi masih terusan mencuba mainkan lagu kegemaran kita.
Cakera padat itu rosak— bunyinya tak akan pernah sama lagi.
Yang entah kenapa seringkali tersangkut ditengah-tengah lagu.
Tidak terjumpa pengakhirannya.
Penat sekali.
Menjinjit berbakul-bakul rasa sayang yang penuh melimpah
Kuat aku tempuh begitu banyak bukit yang permukaanya tidak rata
Mendaki berdekad-dekad lamanya.
Malang jiwa.
Ada saja pula yang menguji segala rasa yang aku punya sejak awal perjuangan tadi.
Mana salahnya lagi aku dalam membagi cinta
Sehingga begitu berat sekali untuk aku puaskan kehendak hati sesama kita.
Tewas rasanya aku.
Terperonyok berkecamuk bila diuji sangsi.
Yang entah apa-apa.
Yang langsung tak pernah terfikir aku, untuk kepilkan bersama dalam bakul sayang itu.
Lebih baik aku perjuangkan peganganku yang pastinya telus.
Setiap sayang dan cinta aku telus.
Dari aku perjuangkan hal keranakan cinta,
Tak semurah itu pula aku sanggup.
Dibodohkan kerana sangsi.
Sangsi yang entah apa-apa.
Yang tentunya tak akan pernah aku pelakunya.
//Izyani Khairi