Nov 3, 2017

#Sudut Syukur

Terungkai bernaskah-naskah manis dalam pelbagai edisi.
Ada yang dipaut, ada juga yang dijentik taruh tepi.
Harini, dia sedang menari bermuzikkan setiap koleksi jilid ceritanya.

Serasa sesuatu yang segar.
Penilaian perasaan yang belum pernah dipetik.
Bermotivasikan kudrat bersisa kais sipi.

Dia hari ini adalah sesuatu yang elok sekali dari pandangan mata biasa
Belum pula dijengah lewat dalaman;
Pasti seperti sepersalinan kulit baru.
Mungkin juga seperti pipit yang sesaat baru sahaja menetas.
Rapuh yang suci.

Untuk kamu yang hari ini masih tertatih,
Bagai bernafas dalam kepulan buih hangat
Aku titipkan
Bersedialah menerima pengalaman.
Kalau mereka pesan, pengalaman mematangkan
Pernah suatu tika
Aku ludah bahasa itu.
Aku bilang; kalau tak merasa selaput kasut buruk ini, jangan bersuara.
Tapi harini, kenyataan berisi itu;
Aku iyakan.

Related Articles