Nov 25, 2017

#Wiped out!

Menguap puas.
Makin cantik corak tidur akhir akhir ini, sempurna.
Mungkin kerana tiada lagi agas yang menyorotkan kronologinya.

Siapa bilang aku tak merasa malam yang mana;
Jenuh sesak kepala fikir
Bagaimana mahu cerita ini molek berwarna pelangi?
Mananya yang jelek, perlu digilap rapi?
Mananya lagi tak elok perlu ditolak tepi?
Mana yang kurang bau perlu ditambah pewangi?
Mana hilangnya sayang, dibiar terbuang begini?
Aku melalui malam malam neraka ini.
Pernah tak tertidur juga dibuatnya.

Ah sial.
Sia-sia beberapa tahun masa mudaku.
Ada patutnya aku habiskan sisanya pelihara minatku.
Biar jinak, digomol meresap dalam jiwa.

Seperti hari ini.
Cantiknya malam malam aku.
Tiada yang lebih baik daripada berhijrah dari segala drama rosak itu.
Beban terkemam itu, sudah aku bebaskan. Puas.
Ibarat proses pengasingan cakera padat lama.
Yang tercalar, taruh plastik hitam
Kasi abang lori angkat buat humban pusat kelam.

Aku yang hari ini, malam ini,
Adalah aku yang aku mahu.
Sudah aku jirus bahasa menghayati diri sendiri.
Cerpen rebah sudah diubah judulnya.
Malam siang aku tiada lagi kontrak mundur
Dan siapa sangka, konsep inilah yang aku perlu atur.

//Izyani Khairi

Related Articles