Sep 7, 2017

Cincin tikam

Benang pilihan kalian itu cantik. Terselimut lentik isi badannya kalau sedia fungsinya untuk membalut. Tiada cela dalam pandangan mata biasa.

Oh sayang.
mata aku punyai gimik.
Yang janggal-janggal, kontranya berlapis-lapis itu, mudah saja terkesan.
Silap jahit sikit, tahu dah dia. Hasil itu bukan asli.

Sudah-sudahlah memunafikkan bahasa setia. Lagi hal bersahabat--
Aku kenal mana tulen mananya yang tidak.
Kau, kerabat-kerabat taksub nama, pangkat juga jasa sekarang sudah perlahan-lahan boleh tempah sindiran aku. Pilih, lorong mana kalian mahu, aku singgah satu-persatu.
Tiada yang manis lagi dengan cerita dongeng kalian.
Berkarat. Konsep lama.
Bawak-bawaklah diri tu ke dunia nyata.
Mana ada fairytale lagi.
Eh! dunia ni kejam lah.
Berhenti bermimpi. Jaga hal sendiri.

Yang ada bersama aku hari ini, nasib baik sedia terima cincin belah rotan. Selimut kasar sekeras kain kafan. Sekurangnya kroni aku mudah. Tak serumit kalian.

Muka-muka di depan kita, semua plastik. Sampai masa dikitar balik semua.
Pura-pura suka
pura-pura peduli
pura-pura senyum.
Fake.
Selimut lama dibilang sutera. Cincin tikam dibilang emas permata.

Nampak suci, walhal realitinya; busuk hati.

//Izyani Khairi


Related Articles