Nov 15, 2015

#Tuhan Masih Sayang

Aku singkap balik cerita yang dah aku kuburkan.
Syukur Tuhan masih punya belas kasihan.
Palat yang aku calitkan untuk sang mangsa, dimaafkan setiap satu
sedia pula bertemankan aku semula.

Bukan pula aku kali ini hadir untuk menyandarkan harapan.
Yelah, mana layaknya nak aku berkolomon dengan meletakkan harapan palsu lagi,
sedang harapan dulu dah pun dia nampak hina.

Dustanya tak rindu pada setiap satu cerita dulu, dah namanya memori--
tapi bila kenangkan betapa seninya kasih yang pernah dia beri
yang pernah tak aku peduli--
Sudahlah. Aku jatuh simpati.

Terima kasih Tuhan
kesempatan aku untuk kesekian kalinya dipermainkan
Kini aku panjatkan 100% daya tahap kesyukuran.
Momentum bangsat yang si bangsat itu beri
cukup menghempap diri
buat aku sedar betapa aku perlu belajar menghargai--
setiap apa yang berada dihadapan kini.

Bukan masanya lagi untuk aku layarkan sejarah lama
Lapuk.
Warnanya pun dah pudar-pudar.
Kelibatnya dalam kepala juga sudah samar-samar
Hambar.

Oh ya, awak sebagai teman.
Terima kasih kerana maafkan.
Tak berniat pula aku nak jadikan kamu sebagai perkongsian kehidupan
Cumanya, cemuhlah selagi termampu
Asal aku masih kawanmu.
Memang sebelum ini salah aku.
Sedar aku itu, aku bimbit dengan tanggung malu.
Sedia aku termangu
kerna-- setiap kata sindir kini dah serupa lirik lagu.

Tak mengapa, masih diterima tandanya Tuhan masih sayang lagi.
Perincian peluang-- mungkin kali.

//Izyani_khairi

Related Articles