Mar 11, 2015

#Lubang hitam

Mula kau datang. Kau usap usap hati aku, kemudian mungkin kau 'lupa' bagitahu yang kau dah malas nak bersama aku.

Kali ni kau datang lagi, tapi aku dah lupa rupa mana nak sayang kau. Kesian.
Kalau kau rasa kali ni aku beri sampah, baguslah. Mungkin jugak itu saki baki busuk yang kau sumbangkan sebelum sebelum ni.
Maaf la tak mampu jadi diri aku yang sebijik sebijik seperti mana aku beri 'muda muda' dulu.
Dah dewasa, aku dah boleh fikir mana pro dan kontranya.

Memang aku menangkan ketegasan sobatku. Sebabnya, air liur yang kau lempiaskan dah tak mampu mencairkan aku. Aku serik. 2 tahun kau tinggal aku. Aku serik.

Sekali lagi, aku tak mahu duduk dalam lubang tragis itu. Gelap sangat. Hidup aku tak jumpa punca jalan keluar. Jatuh aku yang dulu sangat terkesan walau aku layan kau baik persis kau duduk dalam hospital swasta--
Misi cantik, makan yang sedap sedap, dapat pula bilik persendirian. Tapi tetap kau orang awam. Maaf.

Pergilah hidup dengan dunia kau. Hidup aku dah tak perlukan lagi luka luka tu. Parut luka lama pun masih timbul. Aku selalu meraba luka tu. Jadi sebab tu aku putuskan, kita berhentilah takat ni saja. Maaf.

//IzyaniKhairi

Related Articles