Nov 30, 2014

#Dah Takda lagi

Untuk beberapa hari yang lepas; fasa kehidupan yang satu tu dah pun berlalu.


 Muka mana lagi yang nak gelak tengok aku dengan deskmate buat benda bodo dalam kelas?
Aduh, baru aku lepas untuk beberapa jam, dah nak mampos aku rindu. Penat lah lap air mata. Tolong kesatkan pulak boleh? Meh bak muka sorang sorang, aku nak cium rakus.


Terima kasih sekolah kasi aku sumbang bakti dan beri bakti  selama 5 tahun. Hmm aku rindu bau kelas yang aku tinggal ungu kuning temanya. Rindu meja yang aku hias kemas rapi padat dengan corak bajet bunga aku. Paling rindu nak olah bakat yang pelbagai melalak atas pentas. Paling rindu nak gelak gelak dengan cikgu yang boleh sekepala.
Paling agung rindunya pada kawan kawan kelas yang sama sama membangang mintak excuse supaya tak belajar.

Jangan lupa aku.
Kalau kalau jumpa aku, ingatlah aku yang paling kuat gelak zaman kita sekelas dulu.
Selamat tengok dunia luar penuh onar:- untuk diri sendiri juga untuk kalian.
Rindu 5K

//Izyani Khairi

Related Articles