Oct 26, 2013

#Moga Tak Lupa

Bukan niat aku cuba kenang sakit perit. Tekad aku cuma satu, biar sakit perit yang terkenang ini, bakal bawa aku ke satu alam yang lebih terang.
Untuk masa-masa mendatang.

Nanti untuk suatu hari--
Apa yang bakal menjelma, cuma aku harap suara yang pernah aku bahagiakan dulu itu tak lupa siapa aku. Ya, aku yang pernah kau bilang "kita bakal bersama selamanya." Aku masih ingat pada segala janji. Moga kau juga. Mungkin saat kau baca isi-isi hati yang terluah ini, janji yang kau kata mahu usahakan itu tak dapat lagi kau tepatikan. Tapi saat ini, aku tetap mahu ini semua jadi tatapan dalam bentuk catatan.

Nanti untuk suatu hari--
Bila wajah ini ada tiba depan mata, cuma yang aku harap segala cerita indah itu tak kau buang merata. Moga-moga lekatlah dalam kepala, "wanita ini yang dulunya aku janjikan segala kata cinta." Atau kau peringatkan diri betapa kejam diri itu yang dengan mudahnya bunuh wanita ini hanya dengan kata-kata penuh dusta.

Nanti untuk suatu hari--
Bila nama wanita ini disebut-sebut, janganlah biar dia terluput. Cuba pula kau fikir sedalam guna kepala akal bukan kepala lutut, "wanita itu yang pernah aku perlukan untuk kejutkan aku tiap kali bangkit tidur, dia juga yang pernah tenangkan aku bila masa aku serabut, dia yang bertegas agar tinggalkan benda yang tak patut ikut, dan dia juga yang ajar aku apa benda motif hidup."

Busuk kau juga busuk aku. Dengan kata nama lain bila kita sama ingat sesama kita, terlakar semua secara normal. Aib kau juga aib aku. Bodoh kau juga bodoh aku. Canda kau juga canda aku serta diri kau juga diri aku. Moga juga tak akan kau lupa bagaimana manisnya senyuman yang pernah aku berikan pada kau. Ya, aku yang pernah ada disamping susah mahupun senang kau. Moga kau tak lupa.

Benarlah penyataan yang terpacul itu, "moga segalanya mendewasakan kita."
Terima kasih tinggalkan aku untuk seseorang yang lain. Kini, aku sendiri sudah hampir setahun. Moga yang selepas kau bakal bawa aku terus ke syurga. Bakal ajar aku segala pahala dosa.

Moga tak lupa juga--
Apa yang lebih buat kau bahagia itu adalah bila yang benar-benar sayang itu sentiasa ada dan apa yang paling rugi itu adalah bila yang benar-benar sayang itu langsung tak nampak mana istimewanya.

//Yanie Khairi


Related Articles