Oct 18, 2013

#Untuk kali ini;

Cuma untuk kali ini--
Dapat aku rasa bai-bait pedih menahan rasa sakit tahan rindu.
Aku rindu cerita kita yang lama-lama.
Tiba-tiba rasa ini kuat dan betul-betul menikam setiap ruang lubuk hati yang merah-hitam warnanya.
Aku benar benar rindu kali ini. Percayalah aku.

Cuma untuk kali ini--
Sampai detik ini,
Belum mampu aku lenakan sepasang mata.
Belum mampu aku redakan rasa aneh yang tiba.
Kau usik setiap atom zarah dalam setiap lapisan batin diri.
Aku benarkan diri ini merasai rindu kali ini. Percayalah aku.

Ajarkan aku
Bagaimana caranya kau melupakan aku.
Kerana aku masih lemah dan tertatih dalam mencari saki-baki hidup menjadi yang terbaik.
Bagaimana caranya kau mampu berhibur tanpa mengingati aku yang selama ini menjadi tempat perkongsian segala cerita indah.
Aku benar-benar rindu kali ini. Percayalah aku.

Jika Sang Pencipta rindu mengizinkan,
Aku mahu kembali kita disatukan
Dalam kancah kehidupan
Sebagai individu yang berpasangan
Dan mengisi setiap kelapangan
Bersama kau yang bijak mencipta kasih dalam cerita kenangan.

Benar aku maafkan, walau aku tidak melupakan
Tapi aku mahu kau tetap disini, tanpa mengenal erti serah diri.
Aku rindu cerita lama-lama yang kita ukir di pokok hati kita. Rendang, sarat dengan memori.
Untuk kali ini, apa bisa kita abaikan mereka yang tidak berfikir
Bagaimana sakit tanggung perih meninggalkan cinta yang pernah kita usap menjadi benih?

Untuk perit yang sebegini lewat
Aku sentiasa minta supaya malam itu lambat
Agar tak ada rindu seperti ini aku dapat
Kerana sungguh aku penat
Layan rindu yang tiada penamat

//Yanie Khairi

Related Articles