Dec 14, 2013

#Luput

Manusia--
Memang terbentuk suka pelbagaikan kata supaya yang lainnya tersenyum mendengar indah di lobang telinga.
Memang banyak daripadanya lebih suka menerima daripada memberi supaya tak terkikis duit simpanan dunia
Memang suka simpan harapan walau dah tahu semuanya busuk hancing dari mulut mulut tuannya yang suka menyinga

Nasib selamat aku punya Tuhan
Selamat aku masih punya iman
Selamat aku masih punya teman
dan selamat aku sudah jauh daripada manusia bertopengkan syaitan

Ucap selamat tinggal pun sudah aku mampu kini
Segala enjin-enjin hati sudahpun aku kemaskini.
Terbangkit dah aku dari dunia penuh petir itu
Sebab baru aku sedar aku punya semangat jitu

Aku mahu persiap diri
dari terus hidup termimpi,
orang pandang pun malu
Sedang segala hantu syaitan itu sudah balik ke tempat asalnya
Biarlah aku tenang sebab aku yakin aku mampu lepaskan
Lebih dari kau, tambah lebih dari yang kini kau guna-gunakan

Pencipta luka itu kini dah aku campak buang
Persis cara dia bakar segala barang
Jahanam. Kau tahu aku beli itu semua guna wang
Bukan cabut bulu, malah lapar perut aku tentang.

Maaf kerna aku tak mampu janji kata maaf
sebab kau terrrrlalu banyak khilaf.
Tak apa, nanti disana Tuhan sedarkan ya?
Datanglah pohon segalanya dalam himpunan manusia
Carilah aku bagi realisasikan segala baki dosa
Aku tunggu kau tiba disana ;)

//Izyani Khairi

Related Articles