Jul 11, 2013

#Picisan Hati

Apa sebenarnya si hati mahu aku sendiri si tuannya pun masih tertatih mencari kebenarannya. Mulut kadang kadang terlalu busuk membicarakan perihal orang lain sedangkan perihal diri sendiri tak pernah nak disudahkan. Kau sendiri pun tak sempurna inikan aku. Aku sendiri pun punya banyak daki dosa yang dah berkeladak dalam hati ni. Sebab tu sekarang aku selalu nak cuba nampak baik tapi fitrah kita, maafkan aku kalau masih terlalu banyak cacat-celanya.

Sekarang ada dua lorong. Tapi keduanya buat aku lemah. Kalau pilih ke kiri mungkin bakal terluka lagi. Andai kalau ke kanan mungkin aku tak mampu lorongi jalan itu seperti yang sepatutnya. Dah banyak sangat cacat pada diri. Aku sedar. Sepatutnya yang dikiri dah boleh ditutp jalannya. Tapi, hati ni. Aku yang menyimpang-nyiurkan sakit sendiri. Dalam hati ni sengaja dijadikan terlalu banyak liku. Sampai kadang-kadang dah tersalah masuk pintu.

Bukan calang-calang jenis diri berani main tepi tebing rapuh ni. Tingginya risiko. Hampir sedekad aku kerap kali bermain di tepi tebing itu, yang pada akhirnya makan diri aku. Terjatuh lemas. Ada je laluan kanan tempat berpaut tapi tangan aku licin, kejap genggam, dah terlepas. Lemah. Entah sampai bila nak aku habiskan sisa hidup bermain risiko. Masih tiada jawapan. Nak merasa juga cari nafas baru yang segar, tempat persinggahan baru, tapi kenapa entah susah sangat? sempit sangat ruang tu. Sedih.

Kau perlu tahu satu dua hal daripada aku.
Aku dah cuba jalan sempurna. Tapi masih aku tergelincir. Takut lepas-lepas ni, jalan kanan sudah tertutup sebab penuh semak samun. Sudahnya, dah takda jalan lain lagi yang mahu persila aku untuk elak dari jatuh tersungkur di tebing kiri itu. Takut juga saat cari nafas baru, lorong itu tak mampu sajikan nafas yang terbaik. Aku masih tersepit dengan nahas dan habit yang aku sendiri cari gali.

Tak terluah dek mulut dah. Cuma yang pasti hari esok aku bakal mengerti. (InsyaAllah)
Aku pengemis doa. Doakan untuk aku hanya yang baik baik.
Doakan kejayaan aku.
Doakan kebenaran hati bakal terurai.
Aku cuma dahagakan menjadi yang lebih baik.
Selamat berpuasa.

//Yanie Khairi

Related Articles