Apr 21, 2013

#Coretan Tak Bertauliah

Salam buat tetamu tak diundang,

Aku tahu warkah ini tak patut ditulis disini tapi apa yang perlu aku tahu, usai membelek setiap baris bahasa luka, kau kena kunyah setiap bait penulisan aku ni sampai sempurna semuanya terhadam. Sebab kau dah mula buat aku rasa palat semula. Lagi sekali dapat aku rasa serupa elok dilumur palat ni balik ke muka kau.

Kalau rasanya tak mengerti isi penulisan ini, lebih baik undur diri. Hentikan bacaan dan tutup tab warkah ini. Kalau mau buang link entri yang terisi warkah tak bertauliah ni dari history pun aku peringatkan lebih baik bertindak sekarang kerana barangkali kau bakal sesak nafas, tercungap cungap sebagai tanda darah kau semakin tak teratur dan kau. bakal. mati. hati.

Aku bukan benci cuma meluat. Mungkin kali memang dah tak sudi. Kalau ikutkan nafsu benci, jangan kata bayang, nama pun boleh jatuh jijik untuk aku ungkapkan. Tak apa, aku akan habiskan semuanya nanti.

Apa yang perlu kau tahu, cerita kita dah habis, boleh jadi tak akan ada lagi. Sudahkanlah drama-drama palat ni. Kau sesakkan seluruh ruangan darah dalam diri ni untuk bergerak. Molekul molekul ini tak dapat bergerak bebas. Terlalu sesak dan sempit. Kalau tak dikawal rapi, boleh hilang fungsinya. Berhentilah kenang-kenang lagi. Betul aku cuba nak pastikan yang aku dah tak sudi. Tak tahan. Aku tak sudi disakiti lagi.

Mohon jangan digomol lagi hati ni. Aku cuma mintak satu, doa supaya aku kuat; berjaya kau aku lupakan, baiknya tak akan punya lagi rasa hipokrasi yang tebal. Lagi lagi kerana manusia spesies kau. Moga moga aku sukses.

Jamah coretan ini.
Dari hati yang penuh lukanya.

Salam penuh makna,
//Yanie Khairi 


Related Articles