Jul 3, 2021

#Berbahagialah.

Malam itu,
Kamu mengingatkan aku seperihal penting yang telah kamu abaikan 1 tahun yang lalu.
Tanpa ragu-ragu juga aku bilang
Cukuplah kau doakanku.
Doakan kebaikanku;
Kebahagiaanku;
Doakan seikhlasnya buatku.

Aku mahu bahagia.
Sebahagia yang tidak pernah sekali terbayangkan di ruangan kepala.
Begitu juga kamu,
Berbahagialah.

Jangan ditanyakan perasaan aku.
Sebegitu jujur hatiku mahu sekali melupakan.
Aku percaya waktu.
Perasaan ini, pasti aku bunuhkan dia satu-persatu.

Yang pasti, jangan sampai kita bertemu lagi.
Walau untuk kebetulan apa segala macam itu.
Aku tahu, kamu cuma sebuah masa lalu,.
Dan bukan pula kerana aku membencimu;
Tak mampu aku.
Cuma begitu aku terlalu mengenali diriku.
Meski telah baik-baik sahaja hidup ini tanpa kamu
Bisa saja runtuh dan gagal sepenuhnya.
Jadi aku tak mahu.

Terima kasih Tuhan.
Sudah menjaga baik hatiku.
Aku tahu aturan baikMu ini semata-mata untuk tidak melihat aku sendu di hari ulang tahun kelahiranku.
Aku juga tidak berharap.
Dan aku senang, betapa hati ini lapang sekali.
Tiada sedih yang aku lalui.

Tuhan, moga Kau perdengarkan doa-doa yang aku susun rapi itu.
Moga Kau izinkan aku bahagia dan merasa kecukupan.
Aku mahu bahagia.
Moga Kau perkenan.

Related Articles