Mar 4, 2020

#The power of Du’a

Kebetulan hari itu terlajak beberapa detik dari waktu asal.
Tapi masih tiba, aturan Allah—
Syukur, cantik sekali.

Dalam ruang itu, guru itu kongsi kisah yang aku beri nama ‘Doa Hidup Saya’
“Doa, mintak apa saja kamu mahu. Dia pasti penuhi.”

Berjela-jela guru cerita, masa muda sampai tua.
Apa saja dia mahu, banyaknya Tuhan turuti.
Bukan yang aku tertarik itu semata-mata doa-doanya yang begitu spesifik
Kadang siap nyata tarikh, nama, detail kemahuan.
Tapi juga pada betapa percayanya dia, Doa untuk segala mintanya, pasti Tuhan beri.

Dikongsinya antara doa yang begitu friendly pada aku cara dia menyantun bahasa.
Santai—
1)”Ya Allah, aku nak pergi kerja ni. Tapi aku takda kereta la, Allah. Ya Allah, bagi lah aku kereta. Nak kereta macam adik aku. Boleh la, Ya Allah.”
Doa tak jemu, diserta solat hajat usaha minta.
Selang tak berapa lama, Allah bagi :)

2)“Ya Allah, aku tak suka pada (nama penuh si polan) tu. Jauh-jauhkan lah dia dari aku Ya allah. Aku nak berjaya, aku doakan dia berjaya la juga cuma takmahu la dia ada sini, sama-sama aku.”
Takda yang tak baik. Cuma dimintak dijauhkan.
Maka sungguh dijauhkan si polan itu, demi kejayaan dan kebahagiaan si guru.
Aku dengar baik,
Sampai aku kira entah berapa kali aku ulang dalam hati,
Baik sangat Tuhan kita. Sangat sangat.

My dear,
Have beliefs to the content of your Du’as
Believe Him, believe Him, believe Him.
Believe He will grant you for everything that you’ve prayed for.
Just wait for it, keep praying, keep praying, and, believe.

As for now, I believe for what I’m  praying for.
And I do believe, Allah really loves me in a way of how I feel good about myself.
Sayang Allah sangat.
Thank you for always protecting me.
Thank you, no words can describe how grateful I am at the moment.
Alhamdulillah 🌸

“Dan Aku telah melimpahkan dari kemurahakanKu perasaan kasih sayang orang terhadapMu; dan supaya kamu dipelihara dibawah pengawasanKu” 

(Thaha:39)

Related Articles