Dec 13, 2019

#Sampai Ketemu Nanti

Moving On // Kodaline

Lewat malam ini, aku putuskan—
Ambil lah seberapa lama kamu perlu untuk memaafkan dirimu.
Aku disini juga sedang berperang pada perihal yang sama
Bukan lagi untuk kita, tuntasnya.
Cuma diri ini berhak ketenangan dan keamanan.
Kerana yang aku pasti,
Selagi kita marah-memarahi,
Selagi itu antara kita tak pernah habis.

Sampai masa nanti, aku bersedia duduk didepan mu.
Kita sudahkan semua yang terhutang.
Cuma angguk, setia mengiyakan.
Tiada perlu sebarang perbahasan.
Aku tinggalkan sebaris senyuman.
Kemudian itu,
Kita saling melepaskan.

Antara kita, aku pasti
Sudah tak akan ada lagi.
Seperti yang kamu kehendaki malam itu,
Aku janji.

Related Articles