Dec 10, 2019

#Nothing At Last

I Can’t Carry This Anymore // Anson Seabra

Di sekitar hujung Jun itu,
Sudah aku bilang-
“Usai semuanya, izinkan aku pulang ke sarang.”
Sarang redup yang aku bina hampir sedekad sempurna.
Marah sekali kamu ketika itu-Kamu bilang—
“Untuk apa ada disini hari ini, jika nanti sarang itu juga pilihan utama?”
Yang akhirnya aku akur dan kembali aku membenih rasa.

Berperang aku dengan persoalan Tuhan titip
“Apa aku ini diuji lagi?” atau
“Apa cara ini percaturan Tuhan mahu kita sekembali lagi?”
Akhirnya aku putuskan untuk pilihan yang kedua.
Kamu juga bilang yang sama-
“Kalau tak begini, mungkin kita tiada lagi pembaikan”
Manis-perit hari-hari kita lalui, Tuhan sahaja tahu.
Kiranya Tuhan jawab persoalan awal tadi, bila dah pun kita sejauh ini.
Pilihan pertama rupanya.

Petang terakhir kita itu, aku bilang-
“Belum ada satu nota kita aku buang. Masih bersama aku sehingga hari ini”
Kamu juga bilang yang sama. Kita tersenyum.
Aku fikirkan setiap barisnya ber-sentiment tinggi.
Seperti aku angkat kamu juga. Teragung yang paling murni.
Tak tersangka, akhirnya itu semua perisian bahan bukti.
Aku cari satu-persatu—
Tiap tarikh perih yang tak pernah terjangka aku.
Kamu tikam aku. Lagi.

Kita baik-baik sahaja bukan?
Dimana silapnya kali ini..
Mengapa harus begini..
Bahagian mana aku kurang lagi..

Rintih aku pasangkan malam itu seperti sebuah nyanyian..
Tersiat-siat kulit pedih
Persis pisau monggores
Terperah-perah jantung
Tersekat-sekat nafas.

Sakit..
Berakhirlah cepat..
Fasa ini perit
Aku tak lalu.
Kenapa harus aku lalui lagi...

Kali ini, air mata ini aku biarkan dialirannya.
Tak lagi aku sapu pergi
Kerna aku terlalu letih.
Sehingga angkat tangan juga aku sudah tak mampu.

//Izyani Khairi


Related Articles