Apr 23, 2018

#Sudut Kegemaran

Aku susun rapi barisan hati
Titipan simpanan untuk sang pencarian penuh teliti.
Mata terbundar-bundar
Meneroka kandungan hati
Kiriman pencinta tegar.

Ada pernah kita bertemu di suatu sudut
Sudut itu aku beri nama 'jatuh cinta'
Saja aku buat-buat belek buku
Buat sibuk.
Supaya kamu sedar perhatian aku itu, kamu.
Tapi sengaja tak aku tunjuk.
Tapi jarang-jarang sekali kita labuhkan sesama mata.
Sama-sama tahu, masa itu belum tiba.

Di sudut itu juga aku penasaran kamu lagi sibuk bercerita.
Riuh di corok redup, ketawa bagai nak gila.
Antara kita itu jaraknya tidak terlalu jauh
Tapi suara itu aku dengar, bergocak hati sikit lagi mahu luruh.

Entah apa ada dengan kamu, belum aku kenalpasti
Hadirnya kamu itu buat sedar, rasa cinta itu belum seharusnya mati.

Kalau sedar kamu teruja membaca ini,
Jadi benarlah rasa itu kita kongsi.
// Izyani Khairi

Related Articles