Mar 11, 2018

#Rentetan Cambahan Baik

Meringkuk kanan posisi badan,
Berbaring. Menung panjang.
Mengeluh perlahan.
Rangkaian sengal tulang belakang dan otak yang jelasnya beransur-ansur penat dan tenat.

Terlalu banyak sekali komitmen dia bimbit.
Terlalu nipis koceknya saku wang ringgit.
Diperah-perah kudratnya.
Lemas naik sempit.

Tiap malam difikir,
Ligat permainan tidur, bikin saluran otaknya mundar-mandir
Agak-agak mengantuk, ditenyeh mata.
Kiranya masih belum selesai pertikaian jiwa
Melayan pemberontakan halusinasi keperluan dan kemahuan.

Masih terlalu banyak yang belum dilunaskan
Masih terlalu banyak yang perlu disenaraikan
Tidak apa-apa.
Dia mahu adakan senyum senang
Bagi puas diolah buat cerita teladan masa mendatang.

Pujuk lagi, pujuk hati.
Simpanlah keluh penat
Sedang kamu tahu, dunia terang-terangan bukan hentian rawat&rehat.



Related Articles