Jan 30, 2018

#Jelas Terpampang

Yang sudah berpelusuk termaktub,
Susunan keramat yang baik dirungkai, yang buruk ditutup.

Tiada perlunya meronta-ronta
Sudah sedia diluah
Bekalan jilid-jilidNya pasti sketsa perbicaraan terindah.
Sama rata.

Titip saki-baki keluhan ini,
Cerita ini kepunyaan Dia.
Penulisnya Dia.
Pengadil juga Dia.

Kikis nipis kerektor kerisauan
Puitis isi rekaan tulisanNya itu--
Punyai milik kedamaian setanding pencalonan yang dipilih rawak berkedudukan.

#
Pengucapan pejaman mata.
Yang semakin asing dan jauh.
Ya, adanya Dia yang baik-baik sahaja.
Struktur bahasa pulih yang Dia pelihara.

Cukupkanlah.
Hutang sesama kita sudah habis.
Sudah terlunaskan.
Tinggal sekarang biar Dia kerjakan tugasNya.

//Izyani Khairi

Related Articles