Dec 22, 2017

#Cermin

Sekejap lalu--
titik momen manis itu terjadi.
Terasa hebat kerana saat itu, masih terpilih menjadi sang pemerhati.

Ada ukiran luka dikulit Mak.
Merah lembut kekuningan warnanya
Tebal dan pedih sama rata.
Terherot-herot mulutnya, menahan pedih saat cuba menarik sisa yang terlekat pada baju.
Diusap lembut, terketap-ketap
sakit katanya. Ngilu.

Dari jauh saja Ayah jeling.
Takda pula ditanya tara mana peritnya.
Membebelnya saja yang panjang.

"Jangan diusik!"
kasar bunyinya kerap pula diulang
Capai kunci, motor ditunggang.

Mak:"Kemana?"
Ayah: "Cari pelega. Buat sang luka hilang."

Menapak naik tangga.
Aku oleskan senyum panjang
Yelah, masih jadi cerita kegemaran aku.
Buat kudapan masa lapang,
kenang yang dalam kasar Ayah itu,
Terselit manis dia karang.

Aha sepertinya lewat ini aku menemukan kerangka cermin Ayah.
Lagi kaku sibuk menilik,
Andai kata keadaannya baik
boleh buat gantungan rapat di dinding bilik :)❤
//Izyani Khairi

Related Articles