Jul 1, 2017

#Kronologi Pemerhatian

Bertengat-tengat di kota lama hari ini buat aku terfikir apalah dibuat manusia manusia ini setiap hari berada di kelompok sesak ini? Sesekali bertenanglah. Bawa-bawalah diri kamu berehat. Sedang mencari kehidupan yang sempurna itu tak ada penghujungnya. Tak akan pernah habis.

Sengaja aku menepuk-nepuk dada. Agak sudah bersangka baik aku rasionalkan--
barangkali hati mereka lagi tunggang terbalik.
Boleh jadi juga serabut dada memikir bagaimana agaknya kehidupan untuk hari seterusnya,
maka jalan terbaik-- sibukkan diri. 

Semua masing-masingnya pikul motif sendiri. Pastinya untuk diri mereka sendiri.
Ah, ini tak lain tak bukan mereka mesti berfikiran--
tiada masa lagi untuk perihal remeh-temeh.
Semua lagi sibuk dengan hal-hal yang lebih mustahak. Diri sendiri adalah keutamaan.

Kalau ada yang mahu pergi tinggalkan mereka kerana melihat ada pihak yang lebih baik, semestinya mereka biarkan saja. Hal itu terlalu remeh buat mereka. Kalau ada yang keji mengata belakang mereka, pasti saja hal itu tak terkudis pada mereka. Tak beri kesan. Remeh.

Walau sedia tahu isinya pinjaman, masih dekad ini ratanya berhabitkan ego mencipta perincian kesempurnaan. Yang tak akan mereka temukan.
Semua hari ini tiada lagi yang memikirkan perihal kecil-kecil (hati, perasaan, hal kemanusiaan) sebelah mata.

Dunia.. dunia.
Kejam dan hebat sama-rata.

//Izyani Khairi

Related Articles