Jun 14, 2017

#Pernah Atau Tidak?

Ada bila tiba satu-satu masa
Pernah atau tidak,
kamu merasakan segala yang manis itu,
samar-samar
sudah yakin kian layu.

Segala yang cantik itu sudah tiada serinya
Segala yang kamu perhias kemas suatu ketika dulu,
sudah kini kelihatan lusuh.
Pernah atau tidak?

Atau pernah atau tidak,
Sedang duduk duduk saja,
Pandangan kamu tergantung di syiling,
Kepala kamu tergeleng-geleng?
seperti mengiyakan yang silap ini tak akan berulang senarionya.

Dan semakin yakin,
Memang dah tak akan ada
Pusaran episod kelam
baik hari ini mahupun rekaan sengsara semalam.

Aku merasakannya kini.
Sedang kini aku hadapi.
Yang cantik, yang aku senyumkan dulu,
yang aku selakkan bahasa indah dulu,
Sudah tiada rasanya lagi.
Asal terlintas, terlindung pula dengan cakaran sengaja kamu peruntukkan itu.

Benar-benar mati semuanya.
Disiram baja, dibelek belai,
Sudah tiada rasa.
Semakin terkulai.

Siapa sangka--
Hebatnya tawar hati itu.
Sekelip mata.
Bagaimana manusia mudah berubah hatinya,
Hah, begitulah mudahnya.

//Izyani Khairi

Related Articles