Jun 9, 2017

#Cubaan pertama

  "Kenapa tak mahu dibuku cerita ini?" tanganku merapat bertemu dagu. Bertentangan posisi dudukku dengannya.

  "Kenapa perlu?" ditanya balik pada aku, sambil dirinya berpeluk tubuh kasar. Pandangannya tak lepas. Dapat aku lihat tenungan itu penuh isi tak terluah. Matanya, gaya duduknya yang menceritakan. Dia sendiri, mungkin kali sudah habis bahasa.

  "Semua ni boleh pergi jauh. Kelemahan kamu semalam, penguat kamu hari ini. Semuanya, akan hilang sakitnya tiba masa. Parut sahaja yang tinggal berbekas. Kalau aku tanya... agaknya kelemahan kamu itu, akan terus kamu paranoid-kan?" sengaja menduga.

Senyap tika. 5 minit selepas itu, dia jumpa jawapan soalan itu. Senyum--
"Biarlah kekuatan aku hari ini, terus jadi kekuatan aku selamanya. Kelemahan semalam, harini sudah aku gilap bersih. Berseni. Segak bergaya. Putih. Sopan caranya sudah aku tutorial-kan." aku kagum.

"Sudahlah. Lapuk lah nak dicerita. Bersepuk nak dibuku. Hambar. Siapa nak baca? Huh." Sambungnya. Sinis nak mampus. Terbundar bundar biji matanya dilayar seiring keluh campur-baur dia selitkan. Tapi sengaja dilempar ke lain wajah mencuka. Sengaja diketuk-ketuk meja perisa irama seksa. Sengaja diangguk-angguk kepala mengikut rentak hiba.

Tekadnya. Bunyinya angkuh berkeras. Memang dia takmahu langsung beri ruang peluang pada diri untuk lempiaskan semuanya seperti dulu dulu. Nampak kali ini, benar benar yakin dengan apa dia mahu. Nantilah. Nanti aku pujuk lagi, sampai dia berani. Sampai dia lali.

//Izyani Khairi

Related Articles