May 30, 2017

#Sudah kerana sudah

Sudah-sudahlah.
Untuk kesekian kalinya, menyakiti,
aku pesan lagi
Banyak kali dah ni.
Sudah-sudahlah.

Dah dapat aku hidu, sebelum ni lagi dah aku bau-bau.
Nah, tak aku minta.
Kau yang hidang depan mata.
Sudah-sudahlah.

Cukup lah dengan janji-janji selesa tu.
Sudah.
Aku bukan perempuan mudah
Dah aku kata, sudah, sudah.

Aku beralah,
untuk kebodohan yang nyata aku tiada salah
Takda benci, cuma nak berhenti
Sedang gigih bangun ni
Jangan esok-esok datang lagi.

Sudah.
Aku kata, sudah, sudah.
Aku takmau dah.
Kasih aku tabur ditinggal bersepah
Dibuat main tanpa lelah
Dari dulu sampai ke sudah.
Takda apa yang berubah.
Sudah aku kata sudah, sudah.

Dah dah, pergi.
Pergi tabur janji
Pada dia yang kau tinggalkan aku untuk dia ni.
Aku undur diri.
Sebab aku dah takmau lagi.

Related Articles