Apr 22, 2017

#Gloomy Sunday

Sepertinya sebuah rumah yang bercahaya malap itu, kelihatan usang. Buruk.

Khabarnya;
Dihuni orang yang sama sejak 6tahun yang lalu. 6tahun itu proses berpenghuni. Tapi proses baik pulihnya tidak terkira. Sekitar 6 tahun itu tidak lama tapi khabarannya;
proses baik pulihnya berdekad.
Ada saja kerosakannya.
Bocor ditembus hujan, dinding rapuh, ditebuk tupai nakal.
Penat penghuninya. Berhempas pulas bertukang demi melihat rumah kesayangan mereka itu kekal utuh cekal

Sebelum tibanya 'gloomy sunday' itu,
Salah seorangnya lafazkan bahasa putus asa.
Barangkali penat bertukang.
Pasang penambat pada rumah yang dikatakan bakal roboh bila bila masa.
Tiada penguat. Tiangnya rapuh barangkali dijamah anai anai dewasa.

Sedang mereka lagi tahu. Andai kuat semangat kedua mereka, pastinya.
Rumah itu mampu terus bertahan walau hanya didirikan oleh angin.

Mereka pernah tidak berumah. Hanya berteduh dibawah sebatang pokok. Tapi kasih mereka saat itu teguh dan kuat. Mereka pernah berteduh di deretan kedai lama. Sejuk ditiup ribut hujan. Tapi saat itu kasih mereka redup lembut. Mereka pernah berteduh di halaman rumah orang. Lucu. Tapi saat itu kasih mereka masih mampu terlihat pipit menari dumba. Malah, mereka pernah berteduh dibawah kasih seorang yang lain, tapi saat itu kasih mereka dikenang dalam rindu doa

Mulai 'gloomy Sunday' ini, selepas dibawah teduhan teduhan yang mereka bina, kerana seorang sudah hilang kudratnya, seorangnya lagi sedang sibuk akur. Lalu ditarik meja kerusi rapuh didalam rumah usang itu, dibawa keluar.
Satu persatu, kerana semuanya besar dan berat.
Seperti biasa, makan masa.

Kini dicuba mereka mencari teduhan sendiri, dibalik senyum paksa.
Rumah mereka? masih tersadai disitu. Dibiar tidak. Dijengah pun tidak.
Mungkin saja kelak ia masih teguh, atau boleh juga runtuh.

//Izyani Khairi

Related Articles