Jul 13, 2016

#Saat Ini

Yang temani aku saat ini secawan milo hangat.
Hirup--
Ah melecur dari lidah hingga lelangit.
walhal sedia aku tahu sedang masih hangat.
Lega sedikit, aku sambung tegukan. Masih hangat pekat.
Tapi rata peritnya, mungkin lecur yang tadi kini sudah berlapis.
Malah menebal.

Yang temani aku saat ini lampu meja kecil.
Samar-samar cahayanya, dalam nampak juga tidak.
tapi masih jugak--
Masih dicuba-cuba aku untuk menaip dalam samar lampu kuning ini.
Dia cuma peluang terakhir.
Asal bagi aku sedia ada untuk aku.
Cuba juga syukur walau aku tahu, tak berapa kuat fungsinya.

Yang temani aku saat ini, rindu.
Kabur karmanya kerana dicuba cuba aku lempar keluar.
Rindu gusar.
Mungkin kerana, bahasa rindunya kasar.
Jelas kini luka besar.

Yang temani aku saat ini, luka.
Dalam aku mati.
Dirobek hanya dengan bisa lidah leka.
Tak terawat.
Sakit teramat.

Yang temani aku saat ini, usai ucapan salam.
Penjelasan aku kian kelam.
Satu satu tak dinilai.
Yang akhirnya, ego termetrai.
Lalu berlabuh, terkulai

Beza kita, tiada.
Kau terluka aku terluka.
Cuma bezanya kau sempat hambur.
Aku harini, hanya lihat diam dan mundur.

//Izyani Khairi

Related Articles