Dec 19, 2015

#Be Thankful

Jadi untuk saki baki hari terakhir berkhidmat sebagai tukang berdiri dan senyum dihadapan umum, berpeluang harini aku rasakan bagaimana anak anak yang tak punya ibu ayah itu mencari kelengkapan persekolahanan.

Volunteer diberi bunga sebagai tanda pengiring mereka.
Diberitahu, peruntukan diberi cuma 150 setiap seorang. Sedikit kaget dengan belanja yang hanya banyak itu, bagaimana agaknya mereka nak dapatkan persalinan yang serba lengkap? Pasti. Pasti ada kurang di celah mana mana.

Alim ambil 2 pasang baju, sepasang kasut tapi takde rezeki nak dapatkan tali pinggang.
Syamil ada tali pinggang tapi hanya berpeluang memiliki sepasang persalinan seragam sekolah.
Faiz ambil semua sedang sedang harganya, tapi masih merasa setiap yang mereka yang lain tak punya.

Jenuh aku picit punat kalkulator nak cukupkan jumlah seperti yang diberitahu. Dalam kalut, sempat beberapa kali aku menggeleng. Bukan menggeleng tanda tak setuju dengan jumlah yang mereka terima. Geleng tanda aku kesal pada diri. Diri yang masih punya ibu ayah pun tak pernah bersyukur atas apa yang aku miliki. Tak pernah cukup bagi aku.

Sekurangnya aku masih punya ibu ayah. Barang aku tak perlu dicatu. Apa saja aku mahu, pasti aku terima. Masih tak tahu malu. Masih tak bersyukur untuk nikmat itu. Kesempatan yang aku terima harini, harus aku ajar diri aku erti syukur.

Alhamdulillah.

Related Articles