Oct 31, 2019

#Bungkusan Menyesak Diri

Lemasnya terperangkap sebegitu lama dalam bungkusan insecurity.
Aku betul- betul terperangkap seperti ruang udara itu tiada—
Betul-betul dibalut kedap sang perapi kisah lama.

Untuk berapa lama lagi.
Untuk kesekian mana lagi.
Naik migraine mengenang bimbo bodoh ni.

Pergi kemana-mana rasa tak selamat.
Buat apa saja rasa tersekat.
Melekat rasa nak tahu, ada apa situ, kenapa tak bagitahu.

Risiko itu seperti putaran roda karma.
Berpusar pada kisah gusar yang sama. 
Sendiri main api,
luka pandai pula mengadu tak bertepi.

Aku penat. Habiskan lah rasa ini.
Harap betul cuma semua perih itu tiada lagi.
Dia cuma tidur malam tepat waktu.
Paginya kerja, balik penat mata berat seperti tertimpa batu.
Cutinya cuma berehat, ada masa pecah peluh emak dia bantu.
Masanya padat, mahu poket berisi rezeki keringat, tiada nanti hidup penuh buntu.

Tak ada apa-apa.
Janganlah disalah sangka.
Baik-baik saja semua diakhirnya.
Sudah-sudahlah bermain dengan insecurity 
Bawak-bawak lah pujuk diri sendiri.

Related Articles