Jul 22, 2017

#Watch me grow

Untuk meletakkan skala kebencian itu sudah klise.
Aku sudah dewasa kini, tak perlu aku hurai berjela.
Hormat aku.
Sekurangnya simpanlah kepulan rasa malu.

Hormat aku.
Imbas semula sakit pedih titipan kamu.
Itu saja sudah cukup buat aku tak lalu.

Tak nampak motif apa dicari perlu
Kalau tak mahu hormat dia yang kamu tikamkan luka untuk aku itu,
sekurangnya--
hormat aku. Ini hak cerita luka aku.

Entah sampai bila
Takpernah sudah mahu cipta perhatian
Sudah, simpan semua permainan ini.
Mari lihat lakaran plan yang sudah aku persiap rapi.

Hari ini--
Aku sedang sibuk lakar plan untuk kitaran menghayati diri sendiri.
Versi baru kali ini, lebih ketara kudrat kuatnya.
Jelas bukan?
Sudah tiada masa untuk terpedaya lagi.

//Izyani Khairi

Related Articles