May 11, 2016

#Muhasabah Syukur 5A.M

Syukur tiap nafas aku hela, aku syukur.
Kalau semalam aku menangis, bangkit esok pasti ditambah rasa suka yang baru.
Kalau lewat malam kurangnya tidur, jauh aku fikir bukan bukan
Pasti siangnya, senyum aku terpalit Dia sorotkan.

Allah, andai saat ini ada yang menganiaya hati,
Beritahu mereka, yang dikasari cara halus itu aku
Yang dah terlalu banyak rasa sakitnya.

Allah, andai saat ini ada yang cuba tusuk pekung
Bantu aku kabarkan pada mereka, aku Kamu lindung.

Allah, andai saat ini ada yang tidak berlaku jujur, aku ditipu segar
tenangkan aku jika tiba segalanya dirungkai terbongkar.

Allah, andai saat ini ada yang cuba menjauhi diri,
Pujuk mereka bahawa aku kini sedang cuba positifkan negativiti,
Yang silap itu aku, manusia, tak mampu lari.

Allah, andai saat ini ada yang berlaku jemu atas aku,
Sampaikan pada mereka, aku ini penghibur walau aku sedia sendiri murung pilu.
Aku bukan sang penglipur.

Allah, andai saat ini ada antara kelilingku, sang pengambil peluang,
Nyatakan pada mereka, aku ini sentiasa punya kurang.

Juga Allah, andai diri ini terlalu banyak riang
lupa terang hari boleh selang seli petir lantang,
PERINGATKAN aku, supaya hari aku terus lapang
Kenang Kamu malam siang.

//Izyani Khairi

Related Articles